Thursday, April 12, 2012

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=H9m8i9IlMrE

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=ffIFUVIQtJE#t=5s

Cahaya MU


يَا بَدْرَتِمْ

يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ
مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ
أَنْتَ الََّذِيْ أَشْرَقْتَ فِيْ أُفُقِ الْعُـلا
فَمَحَوْتَ بِالأَنْوَارِ كُلَّ ضَلاَلِ
رَبِّكَ اسْتَنَارَ الْكَوْنُ يَا عَلَمَ الْهُدَى
بِالنُّوْرِ وَالإِنْعَـامِ وَالإِفْضَالِ
صَلَّى عَلَيْكَ اللََّهُ رَبِّ دَآئِمًا
أَبَدًا مَعَ الإِبْكَـارِ وَالآصَـالِ
وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مَنْ

قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَالِ



Terjemahan :


Wahai bulan purnama yang sempurna,
Yang telah mencapai segala puncak kesempurnaan.

Apakah perkataan yang dapat
Mengungkapkan ketinggianmu?

Engkaulah yang telah terbit
Memerangi ufuk yang tinggi

Lalu engkau melenyapkan
Segala kesesatan dengan cahayamu
Dengan sebabmu, terang benderang alam

Wahai panji-panji hidayah
Dengan dilimpahkan cahaya, nikmat-nikmat

Dan pelbagai kelebihan
Semoga sentiasa tercurah ke atasmu

Rahmat Allah, Tuhanku
Sepanjang masa, pada waktu pagi dan petang

Dan juga ke atas keluarga,
Serta sahabat-sahabat yang ;

Telah dikurniakan keistimewaan dengan beberapa kesempurnaan
Oleh Allah yang Maha Tinggi

Wednesday, April 11, 2012

Tarbiah Cinta Buat Permata

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Seusai membaca buku 'Athfaaluna wa Hubbullah wa Hubburrasul wa Hubbul Islam : Kaifa Narghabu Aulaaduna ila al-Solah Banaatuna wa al-Hijaab' ( Anakku-Cinta Allah, Rasul dan Islam : Bagaimana mendidik anak cinta solat dan hijab -bagi anak perempuan-) hasil buah tangan Dr. Amani al-Ramadi, pensyarah Universiti Kaherah, Mesir.....betapa prinsip-prinsip menghadapi anak-anak tidak ada perubahan, yang berubah ialah praktikal pengasuhan sahaja. Dengan kemunculan banyak teori pengasuhan anak membuatkan kita amat perlu memahami prinsip-prinsip tersebut yang tidak pernah berubah. Di manakah kita perlu mencari prinsip-prinsip tersebut ?  Di mana  lagi kalau bukan pada sunnah Nabi.
Buku ini hadir menampilkan bagaimana mendidik anak secara terancang dan penuh rasa cinta dengan berpijak kepada dua sumber utama yang pasti iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Perkara-perkara yang dibincangkan ialah bagaimana menanam rasa kecintaan kepada Allah, kepada Rasulullah, solat dan hijab.
Ironinya, cinta mempunyai kedudukan dan darjat yang penting dalam kehidupan manusia. Ia boleh mempengaruhi tingkahlaku dan memudahkan urusan yang sulit dan sukar. Cuma, persoalannya bagaimana untuk membentuk cinta yang mengarah kepada kebenaran ?  Cinta yang benar dan bermanafaat amat berguna untuk menempuh kedupan di dunia apabila cinta tersebut dapat melahirkan dan menjelmakan perilaku serta keperibadian yang baik. Yang lebih penting dari itu ialah cinta yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Namun demikian, untuk mewujudkan cinta sebegini rupa bukanlah sesuatu yang mudah, apalagi dalam ranjau kehidupan zaman sekarang ini yang penuh dengan elemen-elemen materialistik dan bersifat duniawiyyah . Hal ini memerlukan perhatian yang lebih, kerana jika diabaikan atau diremehkan akan membawa kepada polemik yang merisaukan dan membimbangkan...Jadi, di sinilah pentingnya peranan menitipkan pendidikan cinta buat anak-anak sedari awal sebelum kejadian seseorang insan.
Sudah tentu, tanda keseriusan para ibubapa dalam hal ini ialah keseriusannya memilih metode pendidikan tersebut. Kita sudah tentu tidak mahu melihat cara mendidik anak oleh ibubapa akan membawa kepada akibat buruk terhadap keperibadian dan perilaku anak-anak....Jangan salah bertindak dan berikan perhatian kepada pola pendidikan anak-anak mengikut fasa-fasa umur mereka. Renungkan dan fikir-fikirkanlah....


Anak-anak Belajar Dari Kehidupannya
Jika seorang anak hidup dengan bidasan, ia belajar untuk mengutuk
Jika seorang anak hidup dengan permusuhan, ia belajar untuk bergaduh
Jika seorang anak hidup dengan cemuhan, ia belajar untuk ragu
Jika seorang anak hidup dengan aib, ia belajar untuk merasa bersalah
Jika seorang anak hidup dengan toleransi, ia belajar untuk bersabar
Jika seorang anak hidup dengan galakan, ia belajar untuk yakin
Jika seorang anak hidup dengan pujian, ia belajar untuk menghargai
Jika seorang anak hidup dengan kesaksamaan, ia belajar untuk adil
Jika seorang anak hidup dengan keselamatan, ia belajar untuk percaya
Jika seorang anak hidup dengan persetujuan, ia belajar untuk menyukai diri
Jika seorang anak hidup dengan penerimaan dan persahabatan, ia belajar untuk menemui kasih sayang di dunia ini.


Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan para ibubapa...cintailah ilmu dan sentiasalah mencarinya....semoga    akan menjadi ikutan kepada anak-anak, Insyaallah.